Nazuerah Azhar

Like A Dream
D'Boss!


Welcome. No expection, no disappointment. An ordinary human fom Earth.
NuNaa | 8Belas | Perak


Stories NuNaa Friends ♥♥


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

#79 ; A Day With Loves ❤ (Pt 2)

Assalamualaikum,

Kitorang jalan terus pergi Sushi King. Ah, peduli apa baru bukak ke lama dah bukak. Diorang tulis ; "Open : 10.00am" kira dah bukak la. So, sampai je staff situ tengah mengemas je so aku expect macam tak bukak lagi lah. So kitorang jalan dulu. Pergi Popular dulu sebab aku nak tengok buku. Ye, tengok je sebab buku tu mahal sangat. Dari Popular, nampak Harolds Bread. Dan nampak macaroons. So kitorang turun sebab Syuhaidi nak macaroons tu. Haha. Lepas tu naik tingkat dua. Lepas tu tingkat tiga lepas tu turun tingkat satu pergi arcade.

Mula-2 main yang ala-2 hockey, aku kalah. Sob sob. Then Izzatul main race kereta tu, dapat nombor 11. Lepas tu race moto pulak. Main kejap je lepas tu dia pass moto dekat Syuhaidi. Hahahh. Aku tak reti drive kereta dan malas nak naik moto so aku tak main game race pun. Aku tak reti. Then game baling-2. Kenapa kenapa kitorang main game tu. Habis sakit lengan bahu tangan semua. Satu game ada tiga set. Sekali main dua game. Means total enam set. Rasa nak putus lengan ni haa. Lepas habis main dalam 11.30 kitorang pun menuju ke Sushi King mencari makan kerana laparnya sudah tidak ku tahan lagi. Hahahaha

Lepas je order semua, Syuhaidi cakap Pina dekat AEON jugak. And akan join kitorang. Aku pun okay jelah. Takkan orang nak join aku nak cakap tak boleh kan? So just go. Syuhaidi pernah cakap yang Pina ni kenal aku katanya junior dia. Aku blur lah sebab aku bukannya teruk sangat sampai tak kenal senior aku tapi aku memang takkenal Pina ni. Order sampai. Pina sampai. Makan,

Tengah makan, Pina tunjuk komen Erny dekat moment dia. So, aku tahulah Pina ni kawan Erny. Tetiba je baru aku teringat muka dia macam kawan Erny. Oh, patutlah dia cakap dia kenal aku, rupanya anak murid ayah aku ;) Habis makan pergi Auntie Anne's sebab beli eclairs tu. Then pergi cucuk duit tapi takde duit sebab atm semua tak berfungsi dengan baik. Tambah pulak penggunanya semua demand takmau duit Rm50.

Then pukul 2.30 decide nak pergi Lake Garden. Ye, 2.30 petang. Macam tak sesuai je masanya. Tapi nasib baik lah cuaca macam nak hujan. Naik boat itik kayuh tu, 4 orang rm21.20 untuk 30 minit. Seorang rm5.30. Macam dah campur GST. Padahal kayuh sendiri. Actually, time tengah kayuh boat tu, dekat Taman Kaya dah hujan pun. Habis 30 minit kayuh boat tu kitorang pun decide nak balik rumah tidur.

Naik jeti boat tu dan terus pergi moto. Dah nak sarung helmet ni, tiba-2 je ada sorang mamat ni datang dekat kitorang and brek mengejut. Aku fikir kawan Syuhaidi sebab aku takde kawan laki dekat Taiping, and aku tak rasa tu kawan Izzatul. Kalau kawan Pina, kenapa dia pandang arah Syuhaidi?