Nazuerah Azhar

Like A Dream
D'Boss!


Welcome. No expection, no disappointment. An ordinary human fom Earth.
NuNaa | 8Belas | Perak


Stories NuNaa Friends ♥♥


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

#78 ; A Day With Loves ❤ (Pt 1)



Assalamualaikum,

Pagi aku kelam kabut sikit. Biasalah ada anak sedara kena uruskan. Selesai urus anak sedara, mak aku terus sampaikan amanat dia dan beredar ke rumah pengasuh akhirnya ke pejabat.
Aku pun buatlah apa yang diamanatkan, ada tiga raga baju untuk disidai.

Selesai je sidai baju baju tu semua, Izzatul pun sampai. Aku ambik kunci, beg dan tudung lepas tu blah. Hahah. Singgah Caltex sebab ingat nak beli makanan tapi tetiba je tak lalu. So beli lah Wonda Kopi Tarik yang memang dah bertakhta di hati berkurun lamanya. Haha, aku tanya Syuhaidi kut lah nak apa-2, dia cakap takmau aku pun tak beli lah apa-2. Hahaha.

Plan asal, aku, Izzatul, Syuhaidi ke Sushi King, Autocity. Dan 30hb nak ke AEON Mall Taiping. Tapi aku gabungkan dua-2 plan ni. Maka, 27hb ke Sushi King, AEON Mall Taiping.

Sambung cerita, 8.30 baru bergerak sebab tunggu Syuhaidi keluar rumah lama sangat. Check waze dulu yelah kang ada apa-2 susah pulak. Dah lah pergi pun duit tak banyak. Haha

Parit Buntar ➡ Bagan Serai ➡ Alor Pongsu ➡ Bukit Merah 

Naik highway Bukit Merah ➡ Exits Taiping (U)

Ikut jalan lama pun sebab nak tengok Tasik Bukit Merah. Yelah kan viral cakap kering kan. Tapi time kitorang pergi tu dah ada air dah tapi sikit je. Cetek lagi. Nampak tebing yang kering lagi. Ada air pun sebab hujan lebat dua hari dah. Tapi paras air tu kira kritikal la. Lepas tengok tasik, ingat nak ikut jalan lama jugak tapi sebab nak kena naik bukit pulak, kitorang decide naik highway je lah.

Naik highway je terus masuk RnR Gunung Semanggul sebab nak isi minyak. Sebab moto masing-2 dah half tank. Lepas isi minyak terus pergi AEON even baru 9.15 sebab taktahu mana nak tuju. 
Yeay, dah sampai Taiping.

Lepas dah alami segala halangan lalu lintas dengan langgar lampu merahnya, nak langgar orangnya, 9.35 dah sampai AEON. Padahal AEON bukak pukul 10.
Maka kami merempat di luar AEON.



"Aku nak jadi orang pertama masuk hari ni." - Izzatul.

Tapi ternyata, dia bukanlah orang pertama yang masuk AEON, tapi dia orang pertama yang masuk AEON guna pintu automatik tu. Sebab ramai dah masuk pakai pintu tolak tarik tu.

Ps ; Nanti aku sambung part 2 sebab aku rasa panjang sangat cerita dia. Bukan hampa je boring, aku pun naik boring jugak menaip ni haa.