Nazuerah Azhar

Like A Dream
D'Boss!


Welcome. No expection, no disappointment. An ordinary human fom Earth.
NuNaa | 8Belas | Perak


Stories NuNaa Friends ♥♥


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

#76 ; Result Day, 3 March

Assalamualaikum.

Antara hari yang menggerunkan, menakutkan dan mendebarkan. Hari di mana menentukan laluan mana aku akan proceed, laluan mana aku akan pilih. Permulaan mac yang aku kurang suka. haha, cuma apa yang aku harapkan agar dosa-2 aku tak dikifarahkan melalui result aku. Sebab aku sedar, aku seorang pendosa tanpa noktah.

Aku mulakan hari aku sangat aku, bukan apa, mungkin sebab terlalu gerun, sampaikan pukul 5.30 aku dah terjaga. Selalunya pukul 6.15 baru terjaga. Pada asalnya, nak pergi pukul 10, sebab selalunya acara memang mula pukul 10. Tapi sebab banyak sangat planning, aku keluar rumah pukul 9.30 sebab nak pergi beli cheesecake kawan kepada sahabat aku yang tengah mengidam nak makan cheesecake time tu. Orang lain semua tak lalu nak makan dia boleh pulak mengidam macam-2. Lepas pergi beli cheesecake dekat Kobis Bunga, kitorang singgah 7-Eleven pulak. Memandangkan belum pukul 10 lagi time tu.

Beli air mineral sampai dua botol memandangkan hari tu agak mendahagakan. Tengah lepak-2 kat kerusi ala-2 bar dekat 7E tu, dah pukul 10 dan one of my friend cakap dia dah check result pakai sms. Mulanya memang taknak check lagi tapi at the end check jugak sebab curious gila time tu. Then, dah dapat result baru lah rasa macam lega sikit, even result tak memberansangkan sangat. haha, kira mcam cukup makan jelah. Takpelah.

Dalam 10.10 baru pergi sekolah. Bukannya tak ontime, tapi even pergi 10.10 tu pun, ada je member yang baru bangun, baru mandi. lagi pun tahu yang result keluar 10.30 dan tak start lagi ucapan-2 segala. Lepas dah habis daftar mendaftar, dalam 10.40 baru mula ucap berucap. Memula Cikgu Amir yang bercakap. Tak banyak yang disentuhnya, 

1. Semak semula skrip
2. Sijil LCCi

And then, Pengetua pulak berucap.
1. Kerian terbaik. no1 dalam Perak.
2. Kuantiti straight As bertambah.
3. 6 Orang straight As
4. blablabla
5. blablabla

Lepas tu Pengetua umum result dari 5A sampai 9A. Sekolah aku ambik 9 subjek ja, takda tambah-2. Aku dapat jugaklah merasa naik pentas even result aku koman ja. Alhamdulillah.

Terima kasih untuk abah mama along angah huda zaid yang dah banyak sokong aku dari belakang yang dan banyak bangi aku nasihat dan semangat. Terima kasih jugak untuk sahabat-2 aku yang sentiasa ada dengan aku, jatuh bangunnya aku, sakit sihat aku. Terima kasih. Terima kasih jugak untuk cinta hati yang dah bagi aku semangat walaupun cuma sedikit suntikan semangat yang kadang-2 diri sendiri pun tak sedar. TErima kasih.