Nazuerah Azhar

Like A Dream
D'Boss!


Welcome. No expection, no disappointment. An ordinary human fom Earth.
NuNaa | 8Belas | Perak


Stories NuNaa Friends ♥♥


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

#81 ; Making a Choice for a Future

Assalamualaikum,

Susah. Susahnya nak buat pilihan.
Sebab setiap pilihan ada pro and cont.

Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng (KMPk)

atau

Diploma Sains Matematik, Uitm Tapah
Sebab memang berniat nak ikut jejak langkah Angah,
So, aku pilih, KMPk. Jurusan? Sains.

maka, haha maka weh.
Sapa-2 yang pi KMPk 2016/2017, kita geng.
Jumpa 5 Jun nanti, kawan-2.

-Nunaa.

#80 ; A Day With Loves ❤ (Pt 3)

Assalamualaikum,

Maka bermulalah sinetron plastik em entahlah aku rasa nak maki je tapi aku rasa salah jadi aku pun em arghh. Aku serious keliru gila apa masalah mamat ni, sebab aku cakap lain dia cakap lain, aku tanya lain dia jawab lain.

Gini cerita benar dia. Mamat ni cakap dia ada emergency. Okay. Rumah dia kat pantai remis. Dia nak balik pantai remis. Okay. Dia sekarang kat taiping tapi takde kawan dekat taiping. Okay then dia cakap kereta dia takde minyak. Habis. Dia nak isi minyak, takde duit langsung.

So, Syuhaidi tanya aku, ada duit kecik tak. Aku pun terfikir, mungkin ada logiknya, kalau jadi benda yg sama dekat aku aku pun akan buat macam tu kut. Tapi aku pun bukannya bekerja sekarang, so aku ingat nak bagi rm20 je.

"20 ringgit boleh tak bang?"
"Macam nilah dik, adik bagi abg 30, nanti dalam pukul 6 ke 7 ke abg bank in balik dekat adik."
"Tapi.."
"Takpe dik, 30 pun dah cukup."

Aku betul-2 ada 30 ringgit je time tu. Sebab kesian aku pun bagi jelah 30 tu. Sebab apa yg dalam fikiran aku, 'kalau jadi macam ni dekat aku.' Aku sebenarnya was was gila weh. Lagi was-2 dari yg lain. Pejadahnya time tu aku je ada duit. 😳

Since that day, sampai hari ni. Duit aku pergi dan tak kembali.

Here, thankyou to my loves. Thankyou for cheering my day. Even just 10 hours of hanging out. Too many new memories for me, first time pergi sampai Taiping naik moto, naik highway dengan moto, makan sushi king, naik boat itik, kena tipu. Hahah. Thankyou sangat. Eventhough aku pergi sebab hampa yg nak pi. Hampa yg teringin. Mission complete. ♥❤

#79 ; A Day With Loves ❤ (Pt 2)

Assalamualaikum,

Kitorang jalan terus pergi Sushi King. Ah, peduli apa baru bukak ke lama dah bukak. Diorang tulis ; "Open : 10.00am" kira dah bukak la. So, sampai je staff situ tengah mengemas je so aku expect macam tak bukak lagi lah. So kitorang jalan dulu. Pergi Popular dulu sebab aku nak tengok buku. Ye, tengok je sebab buku tu mahal sangat. Dari Popular, nampak Harolds Bread. Dan nampak macaroons. So kitorang turun sebab Syuhaidi nak macaroons tu. Haha. Lepas tu naik tingkat dua. Lepas tu tingkat tiga lepas tu turun tingkat satu pergi arcade.

Mula-2 main yang ala-2 hockey, aku kalah. Sob sob. Then Izzatul main race kereta tu, dapat nombor 11. Lepas tu race moto pulak. Main kejap je lepas tu dia pass moto dekat Syuhaidi. Hahahh. Aku tak reti drive kereta dan malas nak naik moto so aku tak main game race pun. Aku tak reti. Then game baling-2. Kenapa kenapa kitorang main game tu. Habis sakit lengan bahu tangan semua. Satu game ada tiga set. Sekali main dua game. Means total enam set. Rasa nak putus lengan ni haa. Lepas habis main dalam 11.30 kitorang pun menuju ke Sushi King mencari makan kerana laparnya sudah tidak ku tahan lagi. Hahahaha

Lepas je order semua, Syuhaidi cakap Pina dekat AEON jugak. And akan join kitorang. Aku pun okay jelah. Takkan orang nak join aku nak cakap tak boleh kan? So just go. Syuhaidi pernah cakap yang Pina ni kenal aku katanya junior dia. Aku blur lah sebab aku bukannya teruk sangat sampai tak kenal senior aku tapi aku memang takkenal Pina ni. Order sampai. Pina sampai. Makan,

Tengah makan, Pina tunjuk komen Erny dekat moment dia. So, aku tahulah Pina ni kawan Erny. Tetiba je baru aku teringat muka dia macam kawan Erny. Oh, patutlah dia cakap dia kenal aku, rupanya anak murid ayah aku ;) Habis makan pergi Auntie Anne's sebab beli eclairs tu. Then pergi cucuk duit tapi takde duit sebab atm semua tak berfungsi dengan baik. Tambah pulak penggunanya semua demand takmau duit Rm50.

Then pukul 2.30 decide nak pergi Lake Garden. Ye, 2.30 petang. Macam tak sesuai je masanya. Tapi nasib baik lah cuaca macam nak hujan. Naik boat itik kayuh tu, 4 orang rm21.20 untuk 30 minit. Seorang rm5.30. Macam dah campur GST. Padahal kayuh sendiri. Actually, time tengah kayuh boat tu, dekat Taman Kaya dah hujan pun. Habis 30 minit kayuh boat tu kitorang pun decide nak balik rumah tidur.

Naik jeti boat tu dan terus pergi moto. Dah nak sarung helmet ni, tiba-2 je ada sorang mamat ni datang dekat kitorang and brek mengejut. Aku fikir kawan Syuhaidi sebab aku takde kawan laki dekat Taiping, and aku tak rasa tu kawan Izzatul. Kalau kawan Pina, kenapa dia pandang arah Syuhaidi?